...

...

Follow Us

Wednesday, 30 August 2017

FOODSBURY CAFE!


Sebelum korang telan air liur tengok gambar dekat atas ni , baca dulu review kami dekat bawah ni tentang Foodsbury Cafe! 🤔


Foodsbury Cafe ni terletak di Seksyen 9 , Shah Alam. Keadaan cafe dia agak nice. Suasana cafe ni pun tak terlalu havoc sangat walaupun cafe dia agak open. Foodsbury Cafe ni bagi kami agak sesuai kalau korang nak makan bersama family or class reunion. 









Sekarang kite review makanan dia pulak!😝

Makanan dekat Foodsbury Cafe ni bagi kami lebih kepada Pasta & Spaghetti. Ade bermacam pilihan Pasta & Spaghetti dekat Foodsbury ni , Tinggal korang minat ke tak je 😁
Kalau korang datang dengan kekasih hati , kami syorkan korang order set Platter dia. Set Platter ni dah dibuat khas untuk 3-4 orang makan , so confirm kau dengan kekasih hati korang tak larat nak jalan balik sebab kenyang gile! 😂




Ok untuk set yang kami order ni nama dia Platter A. Dalam Platter A ni dia ada : 


✔ SPAGHETTI CARBONARA
✔ SPICY OLIO
✔ CAJUN TOMYAM SPAGHETTI
✔ LAMB CHOP
✔ DEEP FRIED DORY
✔ FRENCH FRIES
✔ SALAD
Yang pertama sekali kami nak komen adalah tentang kombinasi 3 Spaghetti dalam Platter A ni. Untuk kombinasi ni kami memang cukup berpuas hati. Memang serasi sangat & sangat - sangat balance. A+ untuk kombinasi 3 Spaghetti ni 👍👍👍

Lamb Chop & Dory Fish dia pun sedap. Gravy untuk Lamb Chop ni pun terbaik dan Dory Fish dia pun tak rasa kering. Sangat smooth bila masuk mulut 😂

Cuma 1 je yang kami rasa agak "Spoil" sedikit untuk set Platter ni , iaitu French Fries dia. French Fries dia ni kami cadangkan korang makan dulu sebelum makan benda lain sebab French Fries ni dia letak atas Spaghetti , So bila korang biarkan saje dia atas spaghetti lama - lama , Garam dekat french fries ni akan menyerap pulak dekat Spaghetti dan ending dia , some part off korang punya spaghetti akan rasa masin.

Kami harap Pihak Foodsbury dapat pikirkan idea untuk susun balik makanan dekat dalam platter ni. 
Harga untuk Platter A ni adalah RM48.00
Overall untuk Platter ni kami bagi 8/10! 😋


Now kita ke Menu yang paling direkomen oleh semua orang kalau korang datang dekat Foodsbury ni.


Almond Salted Caramel Crepe Cake , Fuh berbelit lidah nak sebut 🤣🤣🤣

Pencuci mulut ni pilihan ramai orang yang dah pernah makan dekat Foodsbury ni. Kami tak tahu macam mana nak terangkan tentang rasa Almond Salted Caramel Crepe Cake ni tapi percayalah cakap kami yang korang tak akan menyesal kalau korang order!.

Harga untuk 1 slice adalah RM15.40 , Agak mahal sedikit tapi berbaloi sebab sedap 😜
8/10 jugak kami bagi untuk Almond Salted Caramel Crepe Cake ni.


Kami ade sedikit kritikan saja tentang Foodsbury ni , iaitu tentang Waiter & Timing untuk makanan sampai ke meja.

Tentang Waiter , Ada 1-2 orang waiter yang muka masam sepanjang ambik order di meja kami & meja sebelah. Lepas tu pulak bila panggil waiter , waiter buat tak layan. Disebabkan suasana di Foodsbury ni tenang , so akan jadi spoil kalau pelanggan kene jerit kalau nak panggil waiter. 

Tak semua waiter dia macam tu. Ade sorang Brader ni lepas hantar je makanan dekat meja kami , terus tanya sama ada makanan sebelum ni / minuman yang kami terima ok ke tidak & senyum 😊

Timing makanan untuk sampai ke meja pulak agak slow sedikit , Around 30 - 35 minit untuk order kami complete sampai dekat meja. Tapi yang ni kami bagi lepas sebab makanan dia sedap & kami husnuzon sajalah yang makanan yang sedap memang tak salah kalau tunggu lama sikit 😝

Overall kami bagi 7/10 untuk Foodsbury Cafe. 
Bagi korang yang nak mencuba makan dekat Foodsbury ni , Korang boleh Waze saja alamat dia , Confirm jumpa punya.

Bawah ni adalah detail alamat & Opening Hours untuk Foodsbury Cafe : 

Foodsbury Cafe

No. 24, 
Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, 
Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Selasa - Khamis : 12tgh - 10.30 mlm
Jumaat - Ahad : 12tgh - 11mlm
Isnin Tutup


Itu saja review untuk kali ni. Jangan lupa untuk subscribe channel Youtube kami & follow untuk
lebih banyak review selepas ni . Bye Bye 😘😘😘  
 

Tuesday, 1 August 2017

NASI LEMAK AYAM GORENG



Mesti korang terliur tengok gambar dekat atas ni betul tak? 😄

Kali ni kita pergi serbu Det Station pulak!
Det Station ni terletak di Ampang Avenue. Orang Ampang mesti tahu punyalah kedai ni  😋
Dekat Det Station ni korang tak perlu pening nak order ape sebab menu dia cuma ade 2 sahaja 
iaitu Nasi Lemak Ayam Goreng & Char Kuey Teow!



Nak tahu lebih lanjut , Klik video dekat atas ni tapi JAGA-JAGA , Takut perut korang terus berbunyi sebab lapar pulak 😂

PS : Jika korang tahu tempat makan yang menarik & murah disekitar Kuala Lumpur , Jangan lupa untuk bagi tahu kami. 😎