...

...

Follow Us

Friday, 23 June 2017

SELAMAT HARI RAYA!


😍😍 Last entry sebelum raya 😍😍

Hari ni last puasa. Besok dah nak raya dah 😍
So cukup nice untuk kami upload Video masa kami pergi berbuka di HOTEL MALURI .
Kami jugak pergi ke Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri for the first time walaupun Bazar ni dekat je dengan rumah kami. πŸ˜‚


Di Bazar Tasik Permaisuri kami beli Laksa , Rojak & Popia Sambal for Michy & Mok cuma beli Kambing Bakar BBQ tapi agak sedih sebab Kambing bakar tu tak sedap + liat gile πŸ˜‘

Besoknye kami ke Hotel Maluri untuk try Buffet Ramadhan dia. Setiap tahun memang kami akan pergi ke Hotel Maluri sebab ade kenalan yang kerja dekat sana so dapatlah makan Buffet free 😁
Benda yang sedap dekat Buffet ni sudah tentu Kambing Bakar dia so disebabkan sebelum ni kecewa kambing bakar dekat bazar tak sedap , Mok terus bantai 2 pinggan Kambing Bakar dekat Hotel Maluri. Ending dia besok Mok Migrane πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Dikesempatan ini kami nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan kepada mereka yang pulang ke kampung selamat pergi dan balik. Jangan pandu laju-laju dan ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu anda di kampung πŸ˜‰πŸ˜‡


Tuesday, 13 June 2017

BANTAI UDANG GALAH!


😜 Hello! πŸ‘

Disebabkan bulan Puasa ni , Rase nak cuba macam-macam jenis makanan tu membuak-buak.
So cari punya cari terjumpa 1 tempat makan yang tak jauh sangat dari kawasan rumah kami iaitu Mee Kari Udang Galah , Tasik Permaisuri



Sebelum kita pergi bantai udang galah , Kami jalan-jalan dulu dekat Bazar Ramadhan Pandan indah.
Siapa yang duduk dekat area Ampang mesti tahu tempat ni. Boleh dikatakan salah satu Bazar Ramadhan yang paling sibuklah dekat Ampang ni.

Tapi dekat Bazar ni takdalah special mane pun. Semua makanan sama saja dengan Bazar Ramadhan yang lain.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Sekarang kita berbalik ke Udang Galah!.
Kalau nak cari Restoran ni , Korang Search je dekat Waze , Mee Kari Udang Galah Tasik Permaisuri.Mesti jumpa punya.

Bulan Ramadhan ni , Restoran ni ada sediakan Mini Bazar dekat depan kedai dia.So korang tak payah lah susah-susah nak cari Bazar Ramadhan lain bila pergi makan dekat Restoran dorang.

Yang menarik dekat sini dah tentulah UDANG GALAH!. Nama pun Mee Kari Udang Galah kan?. 
😝😝😝

Mok Order Mee Goreng Udang Galah & Michy pula Order Nasi Set Udang Galah. Untuk nasi set udang galah ni dia ada Nasi Putih , Udang Galah Kari , Telur Dadar & Air Sirap Ais. 

Dari segi rasa , Kami bagi 6/10 sebab mungkin tak berapa nak kene dengan tekak kami tapi still sedaplah 😁😁😁

Harga dia pulak berpatutan but sedikit kecewa sebab kami bayangkan Udang Galah tu besar-besarπŸ˜‚.
Total Kami berdua makan bawah RM50.

Korang jangan lupa untuk LIKE & Subscribed Channel Youtube kami. Akan ade lebih banyak video selepas ni. Dan jangan lupa untuk berikan cadangan dekat mana lagi tempat makan yang menarik dekat sekitar KL ni.

Adiosssss πŸ‘«