π Hello! π
Disebabkan bulan Puasa ni , Rase nak cuba macam-macam jenis makanan tu membuak-buak.
So cari punya cari terjumpa 1 tempat makan yang tak jauh sangat dari kawasan rumah kami iaitu Mee Kari Udang Galah , Tasik Permaisuri
Sebelum kita pergi bantai udang galah , Kami jalan-jalan dulu dekat Bazar Ramadhan Pandan indah.
Siapa yang duduk dekat area Ampang mesti tahu tempat ni. Boleh dikatakan salah satu Bazar Ramadhan yang paling sibuklah dekat Ampang ni.
Tapi dekat Bazar ni takdalah special mane pun. Semua makanan sama saja dengan Bazar Ramadhan yang lain.πππ
Sekarang kita berbalik ke Udang Galah!.
Kalau nak cari Restoran ni , Korang Search je dekat Waze , Mee Kari Udang Galah Tasik Permaisuri.Mesti jumpa punya.
Bulan Ramadhan ni , Restoran ni ada sediakan Mini Bazar dekat depan kedai dia.So korang tak payah lah susah-susah nak cari Bazar Ramadhan lain bila pergi makan dekat Restoran dorang.
Yang menarik dekat sini dah tentulah UDANG GALAH!. Nama pun Mee Kari Udang Galah kan?.
πππ
Mok Order Mee Goreng Udang Galah & Michy pula Order Nasi Set Udang Galah. Untuk nasi set udang galah ni dia ada Nasi Putih , Udang Galah Kari , Telur Dadar & Air Sirap Ais.
Dari segi rasa , Kami bagi 6/10 sebab mungkin tak berapa nak kene dengan tekak kami tapi still sedaplah πππ
Harga dia pulak berpatutan but sedikit kecewa sebab kami bayangkan Udang Galah tu besar-besarπ.
Total Kami berdua makan bawah RM50.
Korang jangan lupa untuk LIKE & Subscribed Channel Youtube kami. Akan ade lebih banyak video selepas ni. Dan jangan lupa untuk berikan cadangan dekat mana lagi tempat makan yang menarik dekat sekitar KL ni.
Total Kami berdua makan bawah RM50.
Korang jangan lupa untuk LIKE & Subscribed Channel Youtube kami. Akan ade lebih banyak video selepas ni. Dan jangan lupa untuk berikan cadangan dekat mana lagi tempat makan yang menarik dekat sekitar KL ni.
Adiosssss π«
No comments:
Post a Comment