Lama dah cuti sejak raya , So kali ni kita pergi lepaskan rindu dekat Nasi Ayam Paling Sedap Di Ampang! 😉
Nasi Ayam Kim Kee yang terletak di Ampang Jaya memang terkenal dikalangan orang - orang di ampang. Kedai dia terletak berdekatan dengan Ampang Point & Hospital Ampang Puteri.
Makanan yang ada dekat sini dah tentulah Nasi Ayam!😁
Kelembutan ayam & betapa wanginya nasi dia memang boleh buat tak tidur malam.
Tak lupa jugak Sos Cili dia , kalau order , mesti extra cili 😂
Harga dia memang berpatutan. 2 Orang makan campur air tak sampai RM20. Kalau korang ada dekat sekitar Ampang memang kene rasa Nasi Ayam dia.Tapi korang nak datang , pastikan jangan datang pada hari ahad sebab ahad dia tutup. Kejap lagi datang kempunan pulak kedai tutup 😂😂😂
Waktu perniagaan dia adalah :
Isnin - Jumaat 10Pagi - 5Petang
Sabtu 10Pagi - 3Petang
Itu saja post untuk kali ini. Jangan lupa untuk singgah ke Youtube Channel kami ye 😘
Nasi ayam ini halal?
ReplyDelete